Home / Our Fight / 2018 / GAJAH DIRANTAI DI TEPI JALAN

GAJAH DIRANTAI DI TEPI JALAN

Tarikh: 7 Mei 2018

Masa: Tidak Dinyatakan

Lokasi: Gerik , Perak

1.   Jenis Kes/ Aktiviti:

Jabatan PERHILITAN Perak telah berjaya menangkap gajah yang terbabit. Memandangkan faktor muka bumi kawasan tangkapan yang bercerun , gajah yang terbabit terpaksa ditambat sementara di kawasan yang berpokok di tepi jalan tersebut.

2.   Tindakan Diambil:

Jabatan PERHILITAN mengambil tindakan dengan memindahkan gajah terbabit .
Pemindahan gajah dijalankan pada 12 Mei 2018 oleh Pusat Konservasi Gajah
Kebangsaan ( PKGK ) .

3.   Hasil/ Keputusan:

  • Gajah terbabit terpaksa dirantai memandangkan ianya merupakan gajah liar yang boleh mendatangkan risiko kepada orang awam .
  • Pegawai Veterinar yang bertugas sentiasa memeriksa tahap kesihatan gajah yang terbabit terutama di bahagian kaki yang dirantai bagi mengelakkan kecederaan .

4.   Catatan Tambahan:

  • Pengurusan tangkapan gajah liar adalah mematuhi SOP .
  • Dari segi kebajikan gajah terbabit , pasukan PERHILITAN bersama Pegawai Veterinar ditempatkan di kawasan tersebut selama 24 jam untuk memantau kesihatan , keperluan makan , minum serta diet gajah terbabit .

5.   Gambar: