Tarikh: 7 Mei 2018
Masa: Tidak Dinyatakan
Lokasi: Gerik , Perak
1. Jenis Kes/ Aktiviti:
Jabatan PERHILITAN Perak telah berjaya menangkap gajah yang terbabit. Memandangkan faktor muka bumi kawasan tangkapan yang bercerun , gajah yang terbabit terpaksa ditambat sementara di kawasan yang berpokok di tepi jalan tersebut.
2. Tindakan Diambil:
Jabatan PERHILITAN mengambil tindakan dengan memindahkan gajah terbabit .
Pemindahan gajah dijalankan pada 12 Mei 2018 oleh Pusat Konservasi Gajah
Kebangsaan ( PKGK ) .
3. Hasil/ Keputusan:
- Gajah terbabit terpaksa dirantai memandangkan ianya merupakan gajah liar yang boleh mendatangkan risiko kepada orang awam .
- Pegawai Veterinar yang bertugas sentiasa memeriksa tahap kesihatan gajah yang terbabit terutama di bahagian kaki yang dirantai bagi mengelakkan kecederaan .
4. Catatan Tambahan:
- Pengurusan tangkapan gajah liar adalah mematuhi SOP .
- Dari segi kebajikan gajah terbabit , pasukan PERHILITAN bersama Pegawai Veterinar ditempatkan di kawasan tersebut selama 24 jam untuk memantau kesihatan , keperluan makan , minum serta diet gajah terbabit .
5. Gambar:
