Tarikh: 11 September 2018
Masa: 12:30 pagi
Lokasi: Taman Gombak Ria , Selangor
1. Jenis Kes/ Aktiviti:
- Dua pemuda yang menzalimi dan membunuh seekor kucing betina yang sarat bunting dengan memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering bersuhu tinggi di sebuah kedai Dobi di Taman Gombak Ria , Selangor .
- Pelaku dipercayai pelanggan tetap yang kerap ke kedai dobi dan pelaku tinggal di kawasan yang berhampiran dengan kedai dobi itu sahaja .
- Ibu kucing tersebut adalah kucing gelandangan yang memang dibenarkan tinggal berteduh di dalam kedai dobi tersebut .
2. Tindakan Diambil:
Satu laporan polis telah dibuat di Balas Polis Taman Sri Gombak , Selangor
untuk tujuan tindakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia .
3. Hasil/ Keputusan:
Penjenayah Kezaliman Haiwan tersebut dijatuhkan di bawah Seksyen 29 (1) (e) dan Seksyen 29 (1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 serta Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum sehingga RM 100 000 dan penjara maksimum selama 3 tahun atau kedua-dua sekali .
4. Catatan Tambahan:
Animal Malaysia berharap agar pihak berkuasa seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia mengambil serius terhadap kes kezaliman yang berlaku kepada kucing dobi supaya kredibiliti pihak berkuasa dalam menangani kezaliman terhadap haiwan dipandang tinggi oleh masyarakat yang cintakan
haiwan .
5. Gambaran:
