Aktiviti perjudian melaga ayam atau lebih dikenali sebagai Permainan Cokleng dikalangan peminatnya merupakan aktiviti kezaliman yang sudah tidak sesuai lagi berlaku di abad sekarang.
Sejajar dengan ketamadunan negara yang telah jauh berubah. Para pelaku Cokleng atau kaki judi laga ayam seharusnya sedar bahawa perbuatan mereka bukan sahaja bertentangan dengan Akta Rumah Perjudian 1953. Malah Akta Binatang 1953 dan Akta Kebajikan Haiwan 2015 juga memperuntukkan denda dan penjara kepada pelaku kezaliman haiwan.
Melaga-lagakan ayam mengundang kecederaan parah dan maut kepada ayam. Ayam adalah haiwan domestik sebagai haiwan untuk makanan bukan untuk pelagaan.
Perbuatan ini zalim!