Persatuan Haiwan Malaysia

Shape

Penyelamat Haiwan

Hari ni dalam surat khabar Harian Metro 17 April 2018 team Animal Rescuer dari Persatuan Haiwan Malaysia menceritakan kesedaran membantu haiwan dalam kesusahan. Animal Malaysia mengajak semua daripada kita memilih satu jenis haiwan sama ada kucing, anjing, musang, monyet atau apa jua binatang menjadi matlamat untuk diselamatkan.

Mulakan dengan sekecil-kecil usaha dari diri kita sendiri. Rakyat Malaysia ada 30 juta orang. Setiap orang dari kita rakyat Malaysia menyelamatkan dua ekor haiwan seperti kucing dan anjing akan membantu nyawa sebanyak 60 juta ekor. Mulakan sekarang!

Kepada yang mahu menyokong Animal Malaysia dalam usaha membantu haiwan tapi tak ada masa. Boleh menyumbang sejumlah wang bagi menjayakan kerja bantuan haiwan. Tanpa bantuan orang ramai, usaha Animal Malaysia amat terhad.

Sesiapa sudi membantu walau jumlah sedikit pon tidak mengapa. Animal Malaysia memerlukan dana untuk makanan kucing dan anjing terbiar.

Boleh terus bank in / transfer ke akaun :

MAA Animal Care
No. Akaun : 21440000025648
Bank : RHB Bank Berhad

Bantuan anda semua amat besar nilainya buat Persatuan Haiwan Malaysia @ Animal Malaysia. Terima kasih.

Share Post:

Stay Connected

More Updates

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop