14 pelajar Aspiration International School melengkapkan tugasan kemanusiaan Program Pendidikan dan Khidmat Masyarakat menguruskan 180 ekor kucing jalanan di Galeri Animal Malaysia
Para peserta diberikan pendedahan dan kefahaman bahawa aspek kebersihan dan penjagaan berkualiti adalah tonggak utama kesihatan selain memahami sebaik mana sesuatu shelter untuk didiami kucing. Namun paling baik buat kehidupan kucing-kucing ini adalah tidak duduk berlonggok dalam satu premis dalam jangka masa lama tetapi sewajarnya memiliki keluarga dan hidup dalam rumah kediaman.
Bersama jayakan agenda 'Satu Rumah Dua Kucing' untuk mengurangi lambakan kucing jalanan.