Anymalossy adalah jenama milik Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association yang diedarkan oleh pengedar rasmi Koperasi Animal Malaysia Berhad bertujuan mencari dana khas projek Kompleks Animal Malaysia menggantikan peranan Galeri Animal Malaysia yang kini sedang beroperasi. Ia yang bakal dibina tidak lama lagi dan mempunyai shelter haiwan iaitu kucing, anjing dan musang selain mempunyai blok akademik untuk pendidikan haiwan, pusat latihan anjing, lecture hall, bilik praktikal dan pejabat urusan. 

Kompleks Animal Malaysia bakal dibina atas keluasan tanah dua ekar yang mempunyai yang mampu menumpangkan kucing (1,000 ekor), anjing (300 ekor) dan Musang (200 ekor) pada saru-satu masa. 

Tujuan kewujudan jenama Ossy ini juga adalah untuk mengurangkan kebergantungan Persatuan Haiwan Malaysia terhadap janji-janji beberapa sponsorship pembekal yang lepas-lepas yang tidak konsisten dengan usaha CSR membantu haiwan dengan mensasarkan hanya keuntungan peribadi semata-mata. Dasar berdikari dan mengurangi perbuatan meminta-minta dalam usaha mencari dana menghidupi haiwan yang diselamatkan juga adalah objektif mengurangi amalan meminta-minta tanpa usaha.

Oleh itu sesiapa yang berpendapat bahawa satu revolusi dunia penyelamatan dan shelter haiwan perlu berubah, diperkasakan dan diperluaskan boleh menyokong usaha ini melalui pembelian untuk kucing dan anjing anda. Setiap keuntungan yang diperolehi adalah bagi merealisasikan pembinaan Kompleks Haiwan Malaysia demi memperkasakan kebajkan haiwan.

  • Super Premium Cat Food

Ossy 1kg

Ossy 10kg

  • Premium Cat Food

Ossy 600gm

Ossy 1.5kg

Ossy 10kg

Ossy 20kg

  • Shampoo
  • Hip & Joint Supplement
  • Liver Supplement
  • Goat Milk
  • Cow Milk